expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, November 13, 2010

Musim demam pula ker?


Salam semua.

      Apa khabar?Semoga kalian semua sihat sejahtera.KM7 bertanya khabar pula hari ni...kenapa ya?Sebabnya hari ni KM7 rasa kurang sihat la....Isteri dan anak-anak pula demam.Mungkin lepas ni giliran KM7 pula.

      Rasa-rasanya sekarang ni musim demam la...Masa pergi klinik tadi,ramai juga yang demam.Apabila dah demam ni,macam-macam kerja yang dijadualkan tergendala.Tak apalah,mungkin ada hikmah di sebaliknya.Kalau orang dewasa demam tu,boleh tahanlah...tapi kalau kanak-kanak demam..kesiannya.Makan minum tak lalu.Asyik merengek jer.

      Masa inilah kita mula mengingati nikmatnya kesihatan yang dikurniakan oleh Allah.Yer lah...masa demam ni nak buat apa pun tak larat...Bagilah makanan paling best pun,rasa macam tak boleh masuk ke mulut jer...hmmm makan ubat pun rasa pahit.hehe..ada ker ubat manis?ubat kanak-kanak adalah..

      Macamanalah pengurusan rumah tangga kalau semua dah demam ni....Isteri demam,tak boleh memasak.Suami pula demam...tak boleh keluar membeli makanan.Anak-anak demam juga..isyy kena call pizza ker?hehe..Beruntunglah kalau masa ni ada ibu bapa yang boleh membantu..Kalau mereka tak bersama kita..haa suami isteri kena tanggung sendiri lah..Masa beginilah menguji kesabaran kita...

      Ok..kepada yang demam juga tu...selamat berehat,makanlah ubat..dengar nasihat doktor...semoga cepat sembuh.Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang dikurniakanNya.....

7 comments:

  1. bila demam mula la ingat mak..
    saya la tu..
    hahahah

    ReplyDelete
  2. Rasanya demam ni tak bermusim...
    kat klinik bawah kediaman saya hari2 penuh dgn org sakit demam..

    ReplyDelete
  3. diana:nak bermanja dgn mak lah tu...

    Idalara:itu namanya demam sepanjang musim.hehe

    ReplyDelete
  4. selalunya bila cuaca berubah.. ramailah yang demam..
    cuaca dunia sekarang kan tak menentu..

    ReplyDelete
  5. student2 universiti skang pun tgh demam kot
    demam exam,hehe
    nasib baik praktikal, tak kena exam semester ni

    semoga cepat sembuh cikgu dan sekeluarga

    ReplyDelete
  6. demam batuk selsema perkara lumrah, jom tengok tip2 elak penyakit kot2 ble bantu selepas ni..

    ReplyDelete
  7. skrng msim tngkujuh..tue yg rmy owng dmam rseny..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.