expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 8, 2010

Muzik-muzik 25 TV3

Salam semua.

      N3 kali ini berkisar tentang muzik.Wah...kira kali pertama KM7 nak menulis pasal muzik ni.Malam ni masa melawat blog rakan-rakan blogger,kat depan tu ada rancangan Muzik-muzik 25  TV3 peringkat separuh akhir.Terus terang KM7 beritahu,tak pernah tengok rancangan ni sejak awal tahun lagi.Tak apalah tengok peingkat separuh akhir pun ok juga kan.

      Bercerita tentang program hiburan Muzik-muzik ni,tak sangkalah dah masuk tahun ke 25.tahniah TV3.Cuma secara peribadi,sekarang ni KM7 kurang mengikuti perkembangan muzik tanah air.Kalau masa sekolah dulu minat jugalah dengar lagu-lagu ni.Masa bujang-bujang dulu pun suka juga beli CD-CD lagu artis ni.heheh Harga sekitar RM 40 pun rasa macam biasa jer masa tu.Tapi sekarang...tidak lagi...sebabnya,dengan wang sejumlah itu dah boleh beli pampers anak.ehehe....

      Ramai betul artis baru dalam Muzik-muzik kali ni.Ada yang KM7 tak kenal pun.Kalau terserempak pun  tak perasan kot.(Maaflah....peminat mesti marah ni).Lain betul rentak lagu-lagu masa kini...Liriknya pula....entahlah...mungkin mengikut selera orang muda.Begitulah peredaran masa...Penonton pun nampak happy jer tu.Siap melompat-lompat lagi.(kali ni penonton tak duduk di kerusi).Hmm kalau kat rumah boleh juga baring-baring,makan-makan sambil menonton.

      Oklah...kepada yang menonton,selamat menonton.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.