expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 3, 2010

Nombor handphone 11 digit:boleh ingat ker?

Mulai 15 Disember ni,nombor handphone berjumlah 11 digit pula..


wah...panjang tu.Boleh ingat ker?


Nombor yang dah ada sekarang ni pun..


ingat-ingat lupa jer.


tapi nombor tu untuk pengguna-pengguna baru jer rasanya..


jom baca berita ni.....

Nombor telefon baru 11 digit mulai bulan depan

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan format baru nombor telefon mudah alih dengan 11 digit berkuat kuasa 15 Disember ini.
Pengarah Jabatan Perancangan Nombor, Norizan Ghazali berkata, format baru itu akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan '011', sebagai contoh 011 1234 5678.
"Struktur sedia ada yang melibatkan 31 juta nombor tidak perlu berpindah kepada format baru 3+8 memandangkan kedua-duanya wujud seiring selepas penawarannya,'' katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai format baru nombor telefon itu di sini semalam.
Katanya, format baru itu dijangka menyelesaikan kapasiti yang tidak mencukupi struktur 3+7 sedia ada serta menggalakkan penyertaan baru yang merupakan antara perancangan jangka panjang MCMC.
"Awalan perkongsian baru '011' mampu menampung 900 juta nombor jika diperlukan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada atau yang baru,'' katanya. - Bernama
sumber:Kosmo Online 3/11/2010

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. agak payah jugakla kalau 11 digit..panjang sangat tu..tapi kalau dah lame sikit,bolehla hafal kot huhu Blog Afiq Bukhari

    ReplyDelete
  3. saya tak pernah hafal no telefon sendiri..
    kalau orang tanye ape no telefon,
    cari je dalam "phonebook"
    hehhe..saya ni pelupa..

    ReplyDelete
  4. sekarang ni pun dah beratus2 dlm hp so mmg tak leh ingat, so nombor yg 11 angka no hal lah sebab handfon yg tolong ingatkan..haha

    tp kalau hilang?..padan muka sendiri..hehehe..

    :-)

    ReplyDelete
  5. salam,cikgu..
    ape tujuan dia sebenarnya cikgu??
    nk wat transformasi ker transformer??
    hhehehe

    ReplyDelete
  6. wahhh..tak nak lah tukar nom lepas ni...nak mengingatkan nom yang sedia ada ni punnn...mengahhh

    ReplyDelete
  7. ahh tidakkk!! 11 nombor?? pergh, boleh ke nak ingat ek? hehe,

    p/s: tak jadilah nak tukar nombor baru lagi.. huhu

    ReplyDelete
  8. datang followed ..
    huh , 11? lepas ni orang dah tak guna hp kot .. hhaa

    ReplyDelete
  9. aih, betul tuh
    no skang pun tak terhafal, ni plak nk tambah lg
    macam2 la depa ni
    nsib baik zmn skang main save2 dlm hp je, klu dulu main tulis2 kat buku jenuh la nak buat satu2,hak3

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.