expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, November 27, 2010

Panggilan percuma pun tak guna

Assalamualaikum...tengah buat apa tu?Kali ini mari kita berbicara tentang panggilan percuma yang diberikan oleh pengendali rangkaian telefon bimbit di negara kita.Panggilan percuma ini biasanya diberikan sempena hari jadi,bonus panggilan,atau panggilan dengan kadar paling minima.Persoalannya adakah kita mengambil kesempatan atas kemudahan yang diberikan ini?


Bagi KM7 sendiri yang sudar berumur ni (hehehe dah tua sangat ker aku ni),Biarpun panggilan itu diberi percuma...tak mungkin digunakan sepenuhnya.Banyak sebab,antaranya tak tahu nak call siapa.Kalau ada pun,orang yang kita nak call tu mungkin sibuk....tak boleh layan bercakap dengan kita.Ini yang malas nak call.
Lainlah bagi pasangan yang sedang hangat bercinta kan...bergayut sampai panas telinga pun tak apa.


Bagi yang dah dewasa ni...perbualannya berkisar tentang kerjaya...kerja kat mana,anak-anak ..berapa orang anak...kemudian habis cerita.Hmm tak sampai 5 minit dah habis idea.Jadi walaupun panggilan itu percuma,jumlah yang digunakan sikit saja.


KM7 melihat perkara ini sebagai peralihan masa...apabila seseorang itu sudah berusia,berkerjaya dan berkeluarga,maka perbualan telefon dengan rakan-rakan semakin minima.Justeru panggilan percuma yang diberikan itu tidak membawa makna yang besar.Apapun terima kasih kepada syarikat-syarikat pengendali rangkaian telefon bimbit yang sentiasa memberi keistimewaan kepada pelanggan setia mereka.

          

5 comments:

  1. betullah... panggilan percuma ni hanya menarik or berguna utk sesetengah org saja..

    ReplyDelete
  2. Sokong.Kekadang budak sekolah pon dapat jugak.huhu

    ReplyDelete
  3. setuju..
    ni semua tektik syarikat telekomunikasi tu jugak..
    dia tau mana ada orang yang boleh berbual kat telipon sampai 24 jam..
    paling lama boleh bercakap kat handphone biasanye 1jam je..
    masa saya becinta dulu la..
    hehhehe

    ReplyDelete
  4. betul tuh..
    tp kalo time besday..free 7 hari, mmg hari2..kejap2 call mak kat kg. hahahha...mak plak taw2 jek..pandai miskol..suh kol balik. hahahha

    cuma tang sms..kadang mmg x berbaloi. free 75sms..tp kadang guna brapa jek? heheheh...

    ReplyDelete
  5. rasanya org2 muda je kot suka bab panggilan percuma ni..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.