expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 8, 2010

SMS dan panggilan tak diundang


       Bosan betul la..asyik terima sms yang tak diundang saja.Macam-macamlah...ada nak promosi perkhidmatanlah,ada nak promosi baranganlah....kot-kot ada juga yang nak promosi orang..hehehe...Dalam seminggu tu mesti adalah terima sms macam ni.Lebih berani lagi,mereka ni siap call kita lagi tu.

      Kadang-kadang rasa nombor handphone kita ni tak privacy lagi...ada ker patut pihak mereka ni call kita,pastu siap suruh kita luangkan masa mendengar 'ceramah' percuma mereka.Aduss...macam nak putuskan saja line tu.KM7 banyak kali dah kena...ada dari kad kredit,hotel,dan banyak lagi.Persoalannya dari mana mereka dapat nombor handphone kita tu?

        Memang tidak dinafikan promosi melalui sms dan panggilan telefon ni sangat berkesan kerana pihak berkenaan dapat berbual secara langsung dengan pelanggan.Tapi ingat...bukan semua pelanggan berminat dengan cara sebegitu.Sms tu mungkin kita boleh abaikan saja dengan 'delete' jer.Tapi kalau dah masuk sms tu...mesti memerlukan kita tengok skrin hp tu...ala...sms tak diundang pula...buat penat jer 'check' tadi.
Kalau panggilan pula?mesti angkatlah juga hp tu...manalah tahu kot-kot ada panggilan penting.

   
        Habis tu macamana?Marilah kita sama-sama fikirkan.....



    

6 comments:

  1. asyik dapat yang ON SUNYI , tak pun ON RINDU.

    hampeh!

    ReplyDelete
  2. betul lah..
    mana diorang dapat no telefon kita ye..orang dari syarikat telco tu ke yang bagi ??

    ReplyDelete
  3. penah dapat mesej cakap menang peraduan apa tah, tapi musykil sbb tak guna pun barang dia. ahaha. nak tipu pun agak2 lah. kalau susah sangat, just letak je tepon kalau orang2 macam ni tepon. :)

    ReplyDelete
  4. dulu landax kene gak camni~~tip2 hari mesti 5-6 msej dia hantar..last2 tukar no,baru le x de~hampeh toii

    ReplyDelete
  5. ramai juga yg kena camni kan..
    kalau nak saman boleh ker.hehe

    ReplyDelete
  6. haha, pernah gak kena
    pasal kad insurans, then kad utk trip pelancongan yg dpt diskaun
    ckp xnak pun still ckp panjang lebar
    memang promoter tegar la diorang ni

    tp kan, xleh nk salahkan depa gak, dh tu keje mereka
    tp yg plik camne mereka dpt no kita
    hah, yg tu agak mencurigakan
    mana silap kita,hermm

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.