expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 19, 2020

Aidilfitri 2020 akan Menjadi Kenangan Sepanjang Usia


Raya dah lama berlalu, kenangannya tetap ada dan terpahat dalam ingatan. Mana mungkin dapat dilupakan, Aidilfitri 2020 banyak nostalgia bagi kita semua. Covid 19 dan PKP banyak mengubah cara hidup kita. Pergerakan terbatas, tiada bazar Ramadan, tidak boleh solat Jumaat, solat tarawih dan solat Aidilfitri di masjid, sehinggalah larangan rentas negeri dan  tidak boleh kunjung-mengunjungi sepanjang Aidilfitri. 




Kami serba  salah juga  untuk membuat  persediaan hari raya terutamanya soal pakaian. Selalunya sebelum puasa atau setelah beberapa hari berpuasa sudah siap membeli baju raya. Akhirnya, beli jugalah baju sedondon biru tahun ini. Bukan nak ke mana-mana pun, pakai saja untuk hari raya pertama. 



Aktiviti pagi raya, solat sunat Aidilfitri bersama keluarga kecil kami di rumah. Kemudian bergambar seisi keluarga sebagai kenangan hari raya musim PKP. Makan apa yang ada  di meja sebagai juadah hari raya. Puan isteri sempat juga menyediakan beberapa jenis biskut raya, tapi kebanyakannya berjaya dihabiskan anak-anak sebelum tibanya hari raya lagi. 



Sikecil tu bukan ambil perhatian pun
untuk bergambar. Moodnya
kurang baik sebab kena bangun
awal pagi untuk beraya. 










Raya tahun ini dalam keterbatasan PKP, kami balik beraya di rumah emak. Tak jauh pun dari rumah sendiri, sekampung jer. Adik-beradik yang lain pun tinggal bersebelahan rumah emak saja. Jadi cukup korum jugalah beraya tahun ini. Tiada yang terperangkap di perantauan. Alhamdulillah! 










Sesungguhnya Aidilfitri tahun 2020 ini banyak kenangannya. Saya percaya ramai juga yang terpaksa beraya di perantauan. Biarlah ia menjadi kenangan buat semua. Normal baharu ini memberi banyak pengajaran kepada kita semua. Panjang umur, tahun 2021 nanti bolehlah berhari raya lagi.

9 comments:

Syaz Rahim said...

Kan, walau tak ke mana, tetap nak berbaju raya bersama keluarga :)

KM7 said...

Betul. Tahun ni jimat sikit, baju sepasang sorang jer. Hehe

Warisan Petani said...

Walau pun PKP, raya tetap raya.
Cuma sambut raya dalam norma baharulah.

KM7 said...

Raya sbg kemenangan tamat puasa.

Shida Radzuan said...

Salam syawal KM7 dan keluarga 😊

KM7 said...

Terima kasih. Salam Syawal jg buat Shida n keluarga

Cikgu Badar said...

Selamat hari raya..raya 2020 lain dari yang lain

KM7 said...

Ya lain dari yg lain.

shaizhar said...

birunya di hari raya. saya suka..saya suka..