expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 6, 2010

Beruntungnya orang berharta

(foto:Google)

Assalamualaikum dan salam ceria.

Pertama sekali KM7 mohon maaf sebab letak foto mangkuk toilet tu kat atas.Tengok baik-baik... mangkuk bukan sebarang mangkuk.Itu mangkuk emas.Wahh..kaya betul lah...mangkuk toilet pun daripada emas.Anda mampu memilikinya?KM7 buat masa ni belum mampu lagi.hehe..

Bercakap pasal orang berharta ni,memang tidak dinafikan banyak kebaikan yang mereka dapat.Antaranya, semua benda di dunia ni mereka dapat beli dan miliki dengan mudah.Kasih sayang pun boleh dibeli sekarang ni asalkan kita berharta.Tapi ingat...apabila harta habis..kasih sayang pun hilang... (bagi sesetengah kes).

Orang berharta juga mampu menambah atau menggandakan hartanya lagi.Maklumlah dengan harta yang dimiliki mampu untuk dijadikan pelaburan untuk menambah kekayaan.Orang kaya bertambah kaya.betul tak?

Orang berharta juga sering mendapat tempat istimewa dalam masyarakat.Biasanya mereka akan disanjung dan dipandang tinggi.Ke mana sahaja mereka pergi akan mendapat layanan kelas VVIP.

Perlu diingat,orang berharta juga boleh membantu golongan yang kurang mampu.Bersedekah juga satu amalan yang baik.Semoga harta itu akan berganda asalkan mempunyai niat yang ikhlas semasa membantu,

Pendek kata,orang berharta ini memang beruntung.Beruntung juga kalau dapat berkawan dengan orang berharta ini.Manalah tahu kot-kot ada tempias hartanya kepada kita.Tak sikit pun banyak..heheh...Best lagi dapat kahwin dengan orang yang berharta.Betul tak?

5 comments:

  1. kaya adalah ujian, kemiskinan jua adalah ujian..

    "Jika kamu bersyukur daku akan tambah nikmau-nikmatku, namun jika kamu kufur sesungguhnya azab daripadaku amatlah pedih"

    nice entry!:)

    ReplyDelete
  2. salam, ckgu da kne tag..
    jom3 join, insyaallah berbaloi..!

    http://tentangsesuatu-ahsfantasy24.blogspot.com/2010/12/asyik-blogwalking-jom-kita-cuba.html

    ReplyDelete
  3. Pesan ayah; Jangan bgtau orang kalo kita miskin/susah,takut orang akan menjauhkan diri sbb takut kita mintak2 kat dia.
    Dan pesan ayah lagi; Kalau kaya/senang-orang akan mudah mendampingi kita, tapi bantulah ia jika ia benar2 terdesak, asalkan jangan terkena balik pada kita (tak bayar utang..hehehe)

    so fikir2kan lah adat duniawi...

    Saya: lebih suka bersahabat di alam maya

    ReplyDelete
  4. kelihatan mereka meletakan nilai harta mereka di tempat yang tidak sewajarnya..satu pembaziran sekalipun tempat tuh terlalu besar nilainya.

    bersederhana itu lebih baik.tidak lebih tidak kurang.janji hepi.

    ReplyDelete
  5. bagi krole x semestinya berharta ni untung~kengkadang luaran je nampak best tp dalaman mana kita tahu kan?selalunya orang berharta ni lebih banyak hutang,kerana semakin besar pendapatan kita msti makin bsar prbelanjaan kita~pikir2kn~ngeee

    p/s : nice en3 KM7

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.