Saturday, December 18, 2010

JOM KEMBARA 1: Hari 4 Bahagian 2 Taman Mini Malaysia & Mini Asean


Assalamualaikum dan salam ceria

Hari ke4 percutian KM7 bersama keluarga masih lagi di Ayer Keroh,Melaka. Kali ini kami sempat melawat Taman Mini Malaysia & Taman Mini Asean yang terletak di Ayer Keroh.Tempat  ini memang bagus untuk dilawati kerana banyak informasi terutamanya reka bentuk rumah-rumah tradisional.Tak sia-sia KM7 datang ke sini.


Ehem...bergambar depan salah sebuah rumah yang terdapat dalam taman ini.Pengunjung berpeluang merasai pengalaman menjejakkan kaki ke dalam rumah-rumah yang terdapat di sini.Kat dalam rumah-rumah di sini juga terdapat perabot asal yang agak klasik.Kita juga berpeluang bertanya pasal rumah-rumah ni dengan penjaga-penjaga rumah yang peramah ini.


Gambar kat atas tu rumah Sabah.Sangat unik reka bentuknya.Tapi sayangnya semasa kunjungan KM7 ke sini,rumah Sabah dan Sarawak tak boleh dinaiki kerana terdapat kerja-kerja pengubahsuaian/baikpulih.Jadi kami hanya dapat melihat dari bawah saja.Apapun KM7 berpuas hati dengan kunjungan ke Taman Mini Malaysia & Mini Asean ini.


No comments: