expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, February 7, 2011

Cikgu dan kapurnya


Dari dulu hingga kini
kapur memang sinonim dengan sekolah.

Masa KM7 bersekolah rendah dulu
cikgu-cikgu suka guna kapur
yang berwarna-warni semasa menulis
kat papan hitam atau papan hijau.
hmmm nampak cantik kan.

Kapur juga kadang-kadang tu
menjadi senjata paling berkesan
untuk mengejutkan  pelajar yang tertidur dalam kelas.
Lebih hebat lagi kalau ada pemadam papan hitam
yang melayang dalam kelas..aduss..

Tentu anda masih ingat
tatkala guru tiada dalam kelas.
Masa itulah ada rakan-rakan kita
yang menunjukkan kekreatifan mereka
dengan menconteng papan hitam
menggunakan kapur....
pendek kata  macam-macam perkara dilukis mereka,
termasuklah wajah guru kesayangan mereka.huhu...

Hari inipun masih ada sekolah 
yang menggunakan
kapur dalam kelas.
Biarpun habuk kapur itu mengganggu kesihatan cikgu,
tapi itulah kenyataannya,
cikgu dan kapur tak dapat dipisahkan.
Terima kasih cikgu!

5 comments:

  1. setuju... lagi pun kalerful itu cantik. lagi-lagi subjek kajian tempatan dulu.. ala rindu skul sudaaaa

    ReplyDelete
  2. salam...
    lepas guna kapur tulis...cikgu makan sirih pakai kapur makan...
    fuhhh best entri kapur...

    ReplyDelete
  3. anak-anak suka bwk balik kapur dari sekolah..pas tu jadikan dinding bilik masing2 macam papan hitam...geram je....

    ReplyDelete
  4. kalau kat oversea ni..kapur still digunakan..diberikan pd kanak2 untuk menconteng simen di park ..bila tiba waktu summer...

    ReplyDelete
  5. hik3...masa mengajar xprasan kat tudung penuh habuk kapur...bila da kluar kelas, alahaii..tudung aku! hehehe...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.