expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, February 22, 2011

No Plastic Bags?


Kempen ni dah lama
diperkenalkan tahun ni.
Sajalah KM7 baru berkesempatan
menulis tentangnya.

Sudah menjadi kebiasaan
bagi kita sekarang,
setiap Sabtu
tiada lagi beg plastik disediakan
kepada pembeli-pembeli
di pasar raya khususnya.

Langkah ini sangat baik
untuk menyelamatkan bumi
bagi generasi akan datang.

Mungkin pada peringkat
awal nampak macam
menyusahkan pengguna,
tapi diharapkan perkara
ini menjadi satu kebiasaan kelak.

Ada sesetengah pasar raya
menyediakan beg kertas kepada
pengguna mereka dengan mengenakan bayaran.
Kalau harga beg kertas tu murah 
tak apalah juga.
tapi kalau mahal dan kurang berkualiti,
eloklah dibawa sendiri dari rumah.

Kadang-kadang tu
kalau nak membeli dalam kuantiti yang banyak
dan kereta pula terpaksa parking jauh,
maka KM7 batalkan saja niat
untuk shopping pada hari Sabtu.
Bukan tak mahu sokong kempen ni
cuma tak mahu menyusahkan diri....huhu...
sekian terima kasih.

2 comments:

  1. haha, lagi malang kalau yang duduk rumah flat and shopping hari sabtu tapi tak bawak beg plastik..

    ReplyDelete
  2. haha tau takpe. tapikan kalau buat sabtu dan ahad lagi okay kan?
    tapi kite prepare la shpping bag kan dah byk sekarang

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.