expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, March 6, 2011

Anak angkat:Trend terkini?

Setiap pasangan yang berkahwin
pastinya menginginkan zuriat sendiri.
Tapi bukan semua benasib baik,
ada yang dah bertahun-tahun berkahwin
tetapi belum dikurniakan cahaya mata.

KM7 tertarik dengan isu
yang dikemukakan dalam akhbar
Berita Minggu hari ini
berkenaan anak angkat.
masih ada peluang bagi mereka yang 
inginkan anak angkat dengan mendapatkannya
daripada beberapa rumah kebajikan swasta
dengan kos RM 3000 - RM 3500 sahaja.

Apa yang KM7 ingin serlahkan di sini
ialah trend mengambil anak angkat 
dalam kalangan masyarakat kita hari ini.
Terdapat beberapa faktor seseorang itu
mengambil anak angkat antaranya;
Baka dan genetik kurang subur,
Trend 'anak segera'-tidak perlu bersusah payah
mengandung,bersalin dan berpantang,
Isteri fanatik kepada penjagaan bentuk badan.

Statistik JPN tahun 2000 hingga Julai 2008
lebih 257,000 kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa.
Purata 2,500 kes anak tidak sah taraf
direkodkan setiap bulan
Fikir-fikirkan..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.