expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, March 6, 2011

Berbasikal mengelilingi kampung

 Petang tadi sempat berbasikal mengelilingi kampung.Bukan selalu dapat buat aktiviti macam ni.Hehe...Sesekali naik basikal rasa seronok juga.Yer la macam budak-budak pula.Dalam gambar kat atas tu ahli rombongan berbasikal mengelilingi kampung.Dari kiri Faiz,Fikri dan Imdad.Mana KM7?ada...

 Itu adalah Imdad dan Fikri di lokasi berhampiran sungai.

 Dah hampir senja maka sungai tu tak nampak..tambahan pula rumput dah panjang.Maklumlah zaman ni mana ada kerbau nak makan rumput, macam dalam lagu bangau oh bangau tu..

 Haa tu dia...pelakon utama dalam drama ni.hehe jangan marahlah yer.Jangan fokus kat orang dalam gambar tu.Sila fokus kepada basikal yang digunakan.Basikal itulah yang berjasa petang tadi membawa KM7 mengelilingi kampung.Basikal tu bukan milik KM7 tapi pinjam daripada anak saudara.

Ni.. apa kaitan pula dalam ini cerita?haha..Budak dua orang ni Amirah dan Widad...Tak dibawa semasa sesi lawatan tadi.Maka ada lah kes merajuk sekejap.

Ok itu saja aktiviti berbasikal mengelilingi kampung.Padahal tak keliling pun..maklumlah tak sampai pun 1KM. Nantilah kalau ada masa dan peluang,kita ke tempat lain pula yer.

5 comments:

  1. rasanye last naik basikal masa darjah 6 dulu kot. huhu.

    ReplyDelete
  2. Salam bro KM7..
    Bestnya tengok foto bro and the gang tu...dah lama benar rasanya tak naik basikal nih..

    ReplyDelete
  3. kecik2 dulu berbasikal hampir setiap hari...ke sekolah, ke kedai dsb..dulu basikal kenderaan utama..skg berbasikal utk kesihatan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.