expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, March 26, 2011

Lencana Majlis Taman Kanak-kanak 1983


KM7 nak berkongsi
satu lagi koleksi lencana yang masih
dalam simpanan,
lencana Majlis Taman Kanak-Kanak
sempena Perayaan Ulang tahun Hari Keputeraan
KDYMM Al Sultan Kelantan
kali ke 33 pada tahun 1983.

Masa tu KM7 masih di sekolah rendah,
seronok betul apabila terpilih
mewakili sekolah dalam majlis
yang diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian.
Lencana tu mesti dipakai sepanjang berada
dalam majlis tersebut.

Setiap kali 31 Mac 
diadakan Majlis Taman Kanak-Kanak.
Kanak-kanak sekolah rendah dan menengah
dijemput ke istana untuk
menyaksikan persembahan kanak-kanak dan
penyampaian anugerah oleh Sultan Kelantan
kepada pelajar yang terpilih.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.