Saturday, April 23, 2011

Kain lepas 70an digayakan semula oleh model alaf baru

Kain 'lepas' pelbagai guna

Kalau di Kelantan kain ini dikenali dengan nama kain 'lepas'.Gunanya untuk dibuat tudung terutamanya oleh warga emas perempuan dan kain 'semutar' oleh warga lelaki.Kalau tahun-tahun 70 an dulu memang ramai wanita berumur menjadikan kain ini sebagai tudung.Kepingan kain yang lebar dan panjang serta nipis ini sesuai  untuk cuaca di Malaysia.Bagi kaum lelaki,ramai yang menggunakan kain ini sebagai semutar dalam acara dikir barat,mahupun untuk ke laut, kebun dan sebagainya.Selain itu kain ini juga boleh dibuat kain basahan.Coraknya lebih bermotifkan bunga dan daun.

Inilah model sambilan menggayakan tudung lama


Budak-budak ni seronok dengan kain 'lepas'nya


Pakai semutar nak ke mana tu?


Si kecil ni pun tak mahu melepaskan peluang mencuba


Macam ni lah gayanya pakai tudung lama ni


Terima kasih kepada semua model yang menggayakan kain ni.Sekian.

8 comments:

chah said...

alahai cantik nyer model-model tu

whitecappuccino said...

Comey2!!

Koding said...

Itulah fesyen...
Moral citer ialah pakaian lama jangan di buang...
Suatu masa nanti pasti akan menjadi fesyen kegilaan semula...

zul permatang badak said...

Ha..ha ha....nostalgia kain lepah...wat semutar....gi baruh...

tak sabar nok gi KB....Nok beli sela...

Nonie said...

aa la,dh lma xttgk orng kai kain batik lpas tu...

bgus nye model2 tu..hihi

Adyshariz said...

haha..comel la smua model tuu

zmah said...
This comment has been removed by the author.
zmah said...

Lama tak pakai tudung ni