Tuesday, May 3, 2011

Mari berpantun

Pasukan pantun SMKAM
Ada sesiapa nak berpantun?
haa...mari kita berbalas pantun.
sebenarnya KM7 pun tak pandai sangat berpantun ni.
Cuma nak cerita pasal pertandingan berpantun.
Tadi kat sekolah diadakan
pertandingan Pesta Pantun peringkat QIT.

hmm susah juga nak berpantun
secara spontan ni.
Nak cari pembayang dan maksud,
pada masa yang sama nak pastikan rima akhirnya sama.
Jadi sesiapa yang nak jadi pemantun
mestilah seorang yang kreatif dan cekap bermain bahasa.

Orang dulu-dulu sering menggunakan pantun
dalam majlis seperti merisik,pertunangan dan perkahwinan.
Sekarang ni pantun seolah-olah dipinggirkan.
Maklumlah orang malas nak fikir 
pasal bahasa yang berbunga-bunga  ni.
Tapi perlu diingatkan kalau warisan ni
tak dijaga atau diteruskan,
nescaya akan berkubur ditelan masa.
Jadi wajarlah generasi hari ini
didedahkan dengan pantun,
antaranya melalui pertandingan pantun
peringkat sekolah,daerah,negeri mahupun kebangsaan.

p/s:tahniah kepada pasukan pantun SMKAM kerana 
menjuarai pertandingan pantun peringkat QIT Ketereh.

2 comments:

Cendana Kasih said...

saya pernah mewakili sekolah dalam pertandingan pantun...tp KALAH...huhuhuh...

Nurul a.k.a Riko said...

tiba2...ahkak rasa cam nk berpantun pulak...

Budak2 bermain di taman
Berlari2 lalu terjatuh
Datang sini dengan senyuman
Menjenguk blog saudara KM7