expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, May 20, 2011

Nak kirim surat....sila tulis poskod

Buku Poskod 1985
Masih ingat lagi ker dengan sebuah buku terbitan Pos Malaysia tahun 1985 ni?Buku Panduan Sistem Poskod  Kebangsaan ini diterbitkan semata-mata untuk memperkenalkan penggunaan poskod dalam urusan surat-menyurat.

Harganya cuma 60 sen?
Harga buku setebal 188 muka surat ini ialah 60 sen sahaja.Kenapa...tak percaya?betul...tengoklah harga yang tercatat pada kulit buku tersebut.

Bahagian dalam buku
Ini adalah bahagian awal dalam buku ini.Tengok...cetakan pertama tahun 1985.Sila abaikan tulisan-tulisan tangan kat halaman berkenaan.hehe..siapa punya tulisanlah agaknya tu.

Sebahagian contoh muka surat
Ni..bahagian dalam buku.Terdapat nombor-nombor poskod bagi setiap kawasan dalam semua negeri di Malaysia.Sebelum menghantar surat,terpaksalah belek-belek buku ini mencari poskodnya.Kalau silap poskod maka sampai ke tempat lainlah surat tu.

Panduan menulis alamat
Bagus betul buku ni,selain ada nombor-nombor poskod, juga diberikan contoh penulisan alamat yang betul pada sampul surat.Siap bagi ukuran lagi tu.

Kadar bayaran pos
Kadar bayaran pos tu bukan kadar sekarang tau!Itu tahun 80an.Surat kurang 20g dalam negara perlukan setem cuma 20 sen jer.Kalau ke luar negara 40 sen!Murah betul kan!Hmm itulah peredaran masa namanya.Oklah itu saja untuk kali ini.

3 comments:

  1. Iya ...masih ingat bukunya,besar pula...sekarang dah canggih poskod cari dalam internet je.

    ReplyDelete
  2. haha..dulu masa kecik2 boleh layan baca buku tu...sebab tu boleh ingat jugak nama tempat dan di negeri mana tempat tu berada...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.