expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 30, 2011

Apa lagi alasan untuk tidak bersenam.....

Gambar Hiasan Google
Apa khabar semua?Dah buat senaman hari ini?Kalau sudah...baguslah.Kebanyakan kita yang bekerja ni tak banyak masa untuk melakukan aktiviti senaman ni.Balik kerja dahlah lewat....kemudian sambung dengan aktiviti melayan kerenah anak-anak,ditambah dengan kerja-kerja rumah.Jadi nak bersenam secara terancang tu susah juga.

Lainlah dengan mereka yang jadual kerjanya yang tak padat,boleh luangkan masa petang-petang tu dengan bersenam.KM7 percaya...mereka yang bekerja di bandar-bandar besar...memang tak sempat nak bersenam pada waktu petang.Pukul 7 petang masih di pejabat ataupun masih dalam perjalanan pulang.Sampai rumah mestilah dah penat kan...Haa..kalau macam tu...bolehlah bersenam pada hujung minggu....berjoging bersama keluarga pun best juga.

Kesibukan kerja dalam kalangan masyarakat kita hari ini telah menyebabkan banyak alat senaman direka....yang boleh dibeli dan diletakkan di rumah.Maka  kita boleh melakukan aktiviti senaman bila-bila masa sahaja tanpa perlu keluar dari rumah.Biarpun tak dapat menghirup udara segar semasa bersenam...alat tadi sekurang-kurangnya dapat mebantu menyihatkan tubuh badan kita.

Kepada yang dah membeli alat-alat senaman di rumah...eloklah digunakan sebaik mungkin,Jangan hanya digunakan beberapa sesi..kemudian disimpan di bawah katil!Nampak sangat tiada masa nak bersenam.Sebenarnya bukan tiada masa tetapi pengurusan masa yang tidak berapa mantap.Ok..Marilah kita sama-sama bersenam.Sesungguhnya badan sihat otak cerdas.

5 comments:

  1. sejak duk rumah, dah jarang bersenam. hhuhuhu

    ReplyDelete
  2. hari-hari main sepakraga tuju...bersenam juga kan?...

    ReplyDelete
  3. rumah saya takde alat senam pun.. kene keluar baru bole senam

    ReplyDelete
  4. Aku pun dah jarang bersenam dah...huhuhuhuhu.tp aku nk cb cr ms utk sume ni.. bgs utk kesihatan bdn, thnks bro info ni sgt berguna.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.