expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 9, 2011

Nasi lemak sekolah rendah

Selamat pagi semua....dah sarapan ker belum?Pagi ni KM7 sarapan dengan nasi lemak jer.Nasi lemak sekarang ni macam-macam lauk ada....ayam,sotong,ikan bilis,telur dan macam-macam lagi mengikut selera masing-masing.

Tiba-tiba teringat kepada nasi  lemak yang dibungkus dengan daun pisang dan kertas..Dibeli di kantin sekolah.Masa tu KM7 bersekolah rendah.Harganya cuma 30 sen sebungkus.Ishhh...sedapnya..biarpun nasi lemak tu simple saja dengan sedikit ikan bilis, sepotong telur rebus dan sehiris timun.Itulah menu pilihan masa rehat budak-budak sekolah rendah waktu tersebut.

Dah makan nasi lemak tu...mestilah beli air sirap merah.....10 sen jer segelas.Sekarang ni dah berapa sen yer air sirap tu? Dulu sampai sekarang...rasa air sirap tu tak berubah,cuma harganya saja yang semakin naik...

Andai dapat diundurkan masa (mustahil!) teringin nak makan nasi lemak macam tu lagi.hehee...Lagi best kalau dapat makan di kantin sekolah rendah tempat belajar dulu bersama kawan-kawan lama.Oh tidak....kantin sekolah rendah dulu dah tiada....hanya tinggal dalam lipatan sejarah kenangan.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.