![]() |
Terompah Google |
Siapa ada terompah....sila angkat tangan....Hmmm tak ramailah.Kenapa tak buat koleksi terompah ni?Susah kan nak pakai terompah ni buat berjalan-jalan pergi shopping ker atau untuk bersiar-siar di pantai.
Sebabnya,sesorang yang memakai terompah ni perlu berhati-hati semasa berjalan.Bimbang juga kalau terjatuh kerana tapaknya agak licin.Tapi kalau dah biasa pakai tu...takde hal lah...
Terompah dulu-dulu simple saja.Tapi terompah sekarang ni macam-macam jenis,macam-macam ukiran dan lukisan.Nampak cantik dan bergaya.Sesuai juga untuk dipakai bersantai.Yer..lah kan,kalau terompah dulu-dulu tu pakai kat bilik air saja.Sekarang ni boleh dipakai untuk ke pasar juga.
Satu perkara yang menarik perhatian KM7,ada juga terompah bersaiz kecil untuk budak-budak.Selain itu keychain terompah pun ada juga.Mungkin ada dalam kalangan kita yang suka buat koleksi keychain terompah ni.Bagus juga tu!
5 comments:
abah biasa pakai terompah ni bila pegi kt Kelab Darul Ehsan.. kt surau diorg ada menda ni.hehehe..cam ala-ala jepun pun ada..
teringat zaman kecik2 pkai terompah nenek.. hihi..
org Jepun pakai terompah pakai kimono, jalan pelan-pelan..comel je. :)
trompah tu keras lew, skit kaki hikhikhik...
bising bunyi dia bila berjalan...satu batu boleh dengar...hahaha
Post a Comment