expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, July 1, 2011

Ketika bersendirian....

Sesekali jika anda tinggal berseorangan di rumah,asrama,tempat kerja atau di mana-mana sahaja...seronok tak?Kalau tinggal bersendirian kat rumah sesekali tu seronok juga kan!Maklumlah...boleh buat apa yang disukai tanpa gangguan.Contohnya boleh berblogging tanpa gangguan anak-anak.hehe..

Adakalanya kita memerlukan masa untuk bersendirian.Mungkin untuk merehatkan minda ataupun juga untuk merehatkan tubuh badan dengan sepuas-puasnya tanpa sebarang gangguan.Jadi eloklah sesekali tu kita menyuruh suami atau isteri dan anak-anak balik ke kampungnya...dan kita berehatlah seorang diri di rumah.Hmmm itupun kalau rumah suami atau isteri kita tu berdekatan.Ada juga kes orang suka pasangannya balik kampung lama-lama...Hai..macam nak jadi bujang semula jer tu.

Kalau berseorang kat pejabat pula...camana yer..apa nak buat?Takkan nak tidur kot...Haa.. ada yang mengambil kesempatan untuk berblog atau berfb.Bagi yang bujang tu...bergayut dengan telefon ker?Lantaklah...janji jangan guna telefon pejabat sudah!

Dalam banyak situasi bersendirian...Ada satu situasi yang menakutkan....Bersendirian dalam kubur....Semua pasti akan merasainya.Jadi penuhilah hidup kita dengan amalan yang baik agar bersendirian dalam kubur nanti ada cahaya yang akan menyinari....

4 comments:

  1. Bersendirian penting untuk muhasabah diri.

    ReplyDelete
  2. kekadang menyeram kn gak bile dok sorg2 huhuhu

    ReplyDelete
  3. bersendirian kadang2 membolehkan kita menenangkan fikiran...

    ReplyDelete
  4. muhasabah diri apabila bersendirian.. terutama selepas solat. ingat kembali apa yang dilakukan sepanjang hari, istighfar.. sangat menenangkan dan mendamaikan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.