Wednesday, July 13, 2011

Membohongi Anak-anak

Gambar Hiasan
Mungkin ada sebab
Sesekali kita membohongi anak-anak.
Sama ada untuk menyelamatkan keadaan
mahupun melindungi sesuatu kebenaran.

Tapi sedarkah....
Perbuatan sekali berbohong itu
akan diiringi sepuluh pembohongan yang lain.
Lambat laun anak-anak akan sedar juga
yang mereka dibohongi.
Lantas mereka juga
akan melakukan perkara yang sama
kepada rakan-rakan,adik beradik
dan ibu bapa juga!

Jadi berkata benarlah
biarpun ia pahit....
Anak-anak ibarat kain putih.
Jika putih yang kita corakkan
maka putihlah mereka.

4 comments:

kak lang said...

btol2, xbek brbohong trutama skli kpd anak...sbb nnt ank akn brbohong plak, kan...

harrazdani said...

betul tu brooo...saya setuju...kanak2 bukan utk dibohongi ttp untuk didik...tp kadang2 boleh tipu sunat...huhuu..

Muhammad Burn said...

anak juga akan ikut perangai mak dan ayah...

cik aisha said...

ye la kalau dah terbiasa dari kecik dlm situasi dipenuhi pembohongan smpai ke besar terikut2 nti.tp certain2 perkara yg memerlukan pembohongan xpe kot.cnth mcm something yg akn mengaibkn ke.cuma elok dielakkan...;)