Saturday, July 16, 2011

Penjual rambutan yang menipu

Gambar Hiasan
Murah..murah....RM 5 untuk 2 kilo.Wah...patutlah ramai orang membeli rambutan kat sini.Situasi ini berlaku di sebuah pasar tani.KM7 pun apa lagi...beli jugalah 2 kilo buah rambutan yang dah siap dimasukkan ke dalam plastik tu.

Setibanya di rumah,keinginan untuk makan buah rambutan hilang begitu saja.Nak tahu kenapa?Setelah dikeluarkan ke semua buah rambutan tu...didapati lebih 15 biji yang dah buruk atau hampir tak boleh dimakan.

Ciss! geram betul..rupa-rupanya penjual tadi letak buah yang cantik dan segar kat bahagian atas,manakala yang dah rosak tu kat bahagian bawah plastik.Patutlah rambutan yang dijual tadi dah siap dimasukkan dalam plastik awal-awal lagi.

Memanglah KM7 tak selidik dulu..tapi sebagai penjual,tindakan sedemikian boleh dikategorikan menipu pembeli.Kalau nak jual juga..beritahulah pembeli hal sebenarnya.Ini tidak..siap timbang depan kita lagi cukup-cukup 2 kilo timbangannya.Ingatkan sebab beli 2 kilo tu dapat harga murah.Rupa-rupanya jual buah yang bercampur dengan yang dah rosak.

Penjual macam tu...lambat-laun akan mendapat balasan yang setimpal.Ingatlah...hari ini awak berjaya tipu orang dalam jualan awak...esok lusa mana tahu awak akan dapat balasannya!Pengajarannya kat sini,kalau kita nak membeli apa-apa buah yang telah dipacking,eloklah kita minta penjual tu buka dulu...Kalau dia tak mahu buka..tak payah beli!Satu hal lagi berhati-hatilah kalau membeli sesuatu yang dikatakan murah berbanding penjual lain.Mesti ada sesuatu yang tak kena tu.

Lepas ni tak mahu beli rambutan lagi...nak beli strawberi lah pula.Hahaa....

9 comments:

izfanora said...

orang nak kaya cepat memang macam tue.. tapi, mesti miskin balik pun cepat juga..

Jiejah Gorjes said...

rezeki dia tak berkat nanti dok tipu org sbb nk untung. keji sungguh. sabaq ye cikgu :)

harrazdani said...

dah pernah kene mcm ni.....nanti depan tuhan nanti dia jawab.....

Sally Yatiey said...

Ishh teruknye .
huhu . Tak berkat rezeki kalau asyik menipu je kan :)

Raidenovich said...

sama la macam penjual durian.Siap tulis durian pahang.saya tanya la dapat durian pahang area mana?(sebab saya orang pahang,tahun ni durian tak menjadi kat sana).
tergagap2 nak jawab,haha!
durian memana datang pun sama je kalau dah namanya durian,klon je lain2.

Khairil said...

Susah nak cari peniaga yang jujur dalam dunia sekarang ni... saya banyak kali dah kena mcm tu.

Dari hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud, ”Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) berserta para nabi, siddiqin dan para syuhada”.

Patutlah, perkataan 'jujur' amat senang dilafazkan tapi berat untuk mengamalkan kecuali orang yang dikehendaki Allah.

Baginda Rasulullah s.a.w. telah bersabda "Ada suatu sungai di dalam neraka jahannam itu disediakan bagi orang yang hina, yang apabila mereka menyukat atau menimbang akan sesuatu yang mereka jual maka akan mengurangkan sukatan atau timbangan tetapi apabila membeli barangan dari orang lain mereka akan melebihkan sukatan atau timbangan untung mereka"..

KM7 said...

terima kasih en khairil atas rujukan hadis2 tu.

Ujie said...

hmm..kalau ada tawaran yg terlalu bagus, memang kena hati2 sgt!

Mrs.Yie said...

orang berniaga macam tu la..nak untung je lebih..padahal menipu..benci tahap seratoslah..huhu