Wednesday, September 21, 2011

Mahalnya harga rumah sekarang

Gambar hiasan:Google
Gambar kat atas tu bukannya rumah KM7 tau!.Itu sekadar gambar hiasan yang dipetik daripada Google.Kebetulan sekarang ni KM7 dalam proses pembinaan rumah,maka adalah juga buat rujukan di internet tentang rumah banglo terkini.

Kalau dilihat dari segi rekabentuk,kebanyakan rumah banglo terkini agak simple.KM7 pun minat juga dengan rekabentuk yang simple ni.Agaknya rumah KM7 ni macamana yer.Tunggu...sampai masanya KM7 akan paparkan juga dalam blog ini.Lambat lagi nak siap...tahun depan yer..

Kalau diteliti dari segi harga,kebanyakan rumah yang mempunyai keluasan 1500 hingga 1900 kaki persegi berada pada harga RM 300,000.00 ke atas.Ini di kawasan Kota Bharu.Harga tu termasuk tanah la.Pendek kata kalau nak banglo yang melebihi 2000 kaki persegi sekarang ni kena ada 1/2 juta.Wah....mana nak cari duit tu?

Bagi yang ada tanah sendiri,kira beruntunglah .Sebab harga tanah sekarang ni boleh tahan juga terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar.Makin lama harga rumah semakin mahal....kalau tak buat atau beli sekarang,makin mahal harganya nanti.Takkan nak menyewa rumah jer kan!

3 comments:

blog-tips-kurus said...

mampu beli old flat je..

Aedma9179 said...

Your IP address 203.82.92.57 has been banned from this shoutbox.

Please try again later.

Khairil said...

rumah beli tak rugi...nilainya semakin meningkat...

Ping.busuk.org