Sunday, February 12, 2012

037:Survey heater,sinki,mangkuk tandas

 Rumah belum siap lagi,tapi  beberapa barangan
perlu di survey dulu.
Bab survey ni lah yang tak berapa nak suka.
Maklumlah kena pergi ke beberapa buah kedai.
Masa pula begitu terhad.

 Kat bandar Kota Bharu ni
ada beberapa buah kedai kelengkapan rumah
yang agak popular.
Maka KM7 pun sempatlah pergi tengok apa yang patut.
Kali ni pergi tengok heater,sinki dan mangkuk tandas.
Adalah juga beli mana-mana yang berkenan.

Nak buat pilihan mangkuk tandas pun satu hal juga.
Macam-macam jenis,nama dan harga.
Seronoknya kalau ada duit banyak kan.
Tengoklah tandas kat atas tu harganya RM 4882.
Yang pasti,KM7 tak beli tandas tu.
Lepas ni nak kena survey siling kapur,cat dinding,tile lantai,dapur dan banyak lagi.
Aduh...penat juga nak siapkan rumah ni!

5 comments:

ahsfantasy24 said...

Hehe, takpe cikgu..
biar penat asal puas hati,
nanti reha puas2 bila rumah
dah siap (:

kak mah said...

Dah hampir siap rumahnya...

Hanif Idrus said...

beli yang baik tapi murah!! ...hehehhe.

Hansyirah Takezur said...

takpe cikgu.. umah saya pon camtu gak dulu.. loni molek2 ado duduk.. hehe.. :D

whitecappuccino said...

penat tapi seronok. waktu saya buat rumah dulu, part g survey ni yg saya suka! dapat tengok macam2 barangan.