Thursday, May 24, 2012

Allahyarham sir Ismail dalam Kenangan

Sudah lama KM7 ingin membuat entri ini,tetapi kekangan masa membataskannya.Entri ini khas buat Allahyarham sir Ismail b Jaafar,sebagai tanda ingatan atas pemergiannya mengadap Ilahi pada tanggal 20 April 2012 yang lalu.Allahyarham adalah rakan sejawat KM7 hampir 11 tahun.Terlalu banyak kenangan bersama,namun atas keterbatasan waktu dan ruang,maka KM7 cuma mencoretkan sebahagiannya saja..


Gambar ini dirakam pada tahun 2010 semasa SMKAM menjadi tuan rumah pertandingan memasak anjuran Maggi.Allayarham sir Ismail seorang yang amat disenangi oleh rakan sejawat mahupun para pelajar.Seorang yang sentiasa cool dan tak pernah marah-marah.Mengajar subjek Fizik bagi tingkatan 4 dan 5.Sebut saja Fizik...seolah-olah sudah sinonim dengan Allahyarham.

Gambar lama ini dirakam sekitar tahun 2004.Sebarang majlis di sekolah,Allahyarham sir Ismail akan diberi tugas untuk mengendalikan siaraya.Menjadi orang penting di belakang tabir.Semenjak KM7 mengenali arwah dari tahun 2002 sehinggalah awal 2012,itulah tugas rutin arwah selain menjadi guru jadual waktu.

Foto 2005 di atas adalah semasa sambutan hari guru peringkat sekolah tahun 2005.Dalam aktiviti kokurikulum,khasnya rumah sukan,Allahyarham sinonim dengan rumah kuning atau Hambali.Seorang guru yang dedikasi,mengambil berat terhadap ahli rumah Hambali.

Gambar tahun 2004 di atas adalah semasa kami membuat lawatan asrama ke Kuala Terengganu.Arwah juga sering mengiringi pelajar untuk sebarang lawatan luar.Yang terakhir adalah sebagai guru penasihat yang mengiringi pasukan sekolah dalam pertandingan Bridge di UTM Johor.Pasukan SMKAM telah memenangi beberapa hadiah utama.Paling menyentuh perasaan...arwah menghembuskan nafas yang terakhir sekembalinya dari pertandingan tersebut.

Allahyarham juga guru pengakap yang aktif.Pelbagai siri perkhemahan dan pertandingan telah disertai.Pasukan pengakap sekolah pasti terasa kehilangan arwah.

 Sekitar sambutan Aidilfitri  peringkat sekolah tahun 2006.

Banyak lagi memori sepanjang mengenali arwah.Biarlah ia tersemat di sudut ingatan.Begitulah kehendak Ilahi,setiap yang hidup pasti mati.Justeru..kita yang masih diberi kesempatan menghirup udara dan meneruskan sisa-sisa hidup ini,pergunakanlah setiap detik waktu itu dengan perkara-perkara yang berfaedah dan disukai oleh orang lain..Semoga apabila tiba masanya kelak kita dijemput oleh maha Pencipta,jasa dan budi kita pula dikenang orang.

Kepada semua,marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan Al Fatihah untuk Allahyarham sir Ismail b Jaafar.semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.AL-FATIHAH.



2 comments:

Hansyirah Takezur said...

tu laa. rindu kat arwah sir is.
especially, senyuman dia. orang yg paling murah dgn senyuman.

semoga arwah tenang di sana.. al-fatihah~

Cikgu Bada said...

al-fatihah

Ping.busuk.org