Thursday, June 28, 2012

Nak simpan Dinar Dirham atau wang kertas?

Sudahkah anda memiliki matawang dinar dan dirham?Macam satu trend pula sekarang ni orang ramai menyimpan atau menabung dalam bentuk dinar dan dirham.Memang tidak dinafikan bahawa kedua-dua jenis matawang ini semakin tinggi nilainya berbanding wang kertas.Apa kegunaan lain dinar dan dirham ni selain untuk tabungan?


Banyak kegunaannya...Untuk menabung sangat bagus kerana nilai emas dan perak itu sentiasa meningkat.Semasa entri ni ditulis, harga  1 dinar bersamaan RM 788, dan 1 dirham bersamaan RM 25.Saya percaya...beberapa bulan akan datang nilainya akan meningkat lagi.Kalau banyak duit tu bolehlah dibeli dalam jumlah yang banyak kan!

Kegunaan lain...boleh digunakan untuk pengambilan dan pembayaran zakat.Juga untuk dijadikan sebagai mas kahwin atau mahar.Selain itu untuk urusan berjual beli kerana kedua-duanya ialah bahan perantaraan yang diterima umum.Betul tak?ada ker yang tak mahu terima emas dan perak?Orang yang tak tahu menilai saja yang menolak emas dan perak ni kan.hehe...Tapi sesuai ker kalau nak beli nasi lemak atau minum kopi kat warung?emmmm mungkin ada alternatif lain.

Kedua-duanya juga boleh dijadikan sebagai hadiah.Tengok ni...

Sesuai dijadikan hadiah tu.Siapa tak nak kalau ada yang nak bagi hadiah dinar atau dirham kan!Dirham kat atas tu bernilai 10 dirham sekeping dengan nilai semasa RM 250.Kalau 2 keping tu nilainya RM 500.Siapalah nak bagi dirham tu kat saya yer?Seronok juga kalau buat koleksi ni.

Siap ada kotak lagi untuk dijadikan hadiah atau cenderahati.Tapi kan...kalau dah ada ni elok simpan baik-baik.Bimbang pula kalau dibuat mainan oleh anak-anak.Maklumlah budak-budak ni bukan kenal pun dirham ni.Kot-kot diingatnya medal hari sukan pula.hehe..Oklah selamat membeli dinar dan dirham.Anda pasti teruja menyimpannya kerana nilainya pasti akan terus meningkat.

5 comments:

babycomel said...

kalau tak nak miskin simpan la emas kan

Best Business Brands said...

- worthy Save Gold Dinar ? Rich I have RM47, 200! How wide can be made ​​with this money, but I want to keep .

khairul akmal bin azman said...

nak terus kaya?
beli gold bar n masuk duit dlm asb jew

SuFi Haraki said...

usaha kerajaan negeri klate mula membuahkan hasil.....simpan emas lagi berbaloi dr simpan duit, krn nilainya yg semakin tinggi....masa hdapan, 3 perkra yg akn mnjadi sgt2 bernilai, iaitu, emas, air dan minyak=)r: Entry Terbaru : Variasi Ummat Manusia

Hanif Idrus said...

betul22....beli logam yang bernilai sahaja...