expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, July 28, 2012

Penyata bil bulanan pun pengguna kena bayar ker?

Saya pakai 2 broadband Celcom.Satu pakej RM 50 atas nama saya,manakala satu lagi pakej RM 48 atas nama isteri.Bil bulanan bagi pakej RM 50 tak ada masalah,setiap bulan saya kena bayar RM 50 cukup.Takde caj tersembunyi.Masalahnya bil isteri saya tu yang pakejnya RM48,setiap bulan kena bayar RM 51.06 (gambar kat atas tu).Kenapa?


Rupa-rupanya ada caj tersembunyi iaitu RM 2 untuk printed bill dan RM 1 untuk itemised bill.Masa melanggan pakej ni dulu takde pun beritahu kena bayar tambahan untuk bil.Atau ini syarat baru?....tapi kami tak tahupun.Kalau macam ni tak payah hantar bil pun takpe...lagipun kitorang tak pernah bayar bil kat pejabat pos pun....bayar secara online saja....tak guna penyata bil pun takpe.

Nampak gayanya setiap bulan kena bayar RM 3 tambahan semata-mata kerana penyata bil.Ada cara lain ker kalau tak mahu penyata ni...supaya tak kena bayar RM 3 tu?Bukan tak mampu nak bayar,cuma kalau sesuatu yang tak perlu tu...buat apa kita bayar kan?Baik masuk tabung masjid ker duit tu...ada juga faedahnya.Kesimpulannya,semua benda kena bayar!

3 comments:

  1. caj tersembunyi ni mmg myakitkan hati. walaupun rm3 tapi kalo tetiap bulan? setahun brape dah kan?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Saya pun selalu kena macam tu. dah lah student manalah ada duit lebih nak kena bayar caj-caj tersembunyi tu..lepas tu saya tukar bil type pada e-bill. Dekat sini https://onlinecustomerservice.celcom.com.my. Kalau bayar online baguslah guna cara ini.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas saranan anda.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.