Wednesday, August 1, 2012

Arak sempena Aidilfitri

Utusan Online 31.7.12
Saya berpendapat promosi arak sempena Aidilfitri ini adalah sesuatu yang tidak wajar.Biarpun negara kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama,sensitiviti sesuatu bangsa dan agama seharusnya menjadi satu keutamaan.Jangan jadikan alasan kita 1Malaysia,maka semuanya boleh berkongsi! terutamanya hal-hal berkaitan dengan kepercayaan dan agama sesuatu bangsa.

Tak lama lagi Aidilfitri bakal menjelma.Semua pusat beli-belah  berlumba-lumba menarik perhatian pengguna dengan pelbagai promosi.Kalau promosi pakaian dan kelengkapan untuk perayaaan,itu sewajarnya dillakukan.Tapi kalau promosi arak sempena Aidilfitri,janggal pula rasanya.Semoga perkara ini menjadi iktibar buat semua.Jangan cemarkan perpaduan kaum yang sedia ini dengan perkara yang menyentuh sensitiviti  masyarakat Islam di negara ini.


1 comment:

justcallmeijah said...

kita harus faham yang agama rasmi tetap agama islam. harus saling hormat menghormati dan jaga sensitiviti.