Saturday, August 11, 2012

Gene Martino...baju raya tahun ni

Raya dah dekat ni. Ada lagi yang belum beli baju raya?cepat..cepat... sementara stok masih ada.hehe.. macam nak promosi baju raya pula.Baju raya saya dah siap.Tak payah buat tempahan pun.Kali ni saya pilih brand Gene Martino.Kat atas tu la...alamak takde rahsia lagi pasal baju raya.Takpe la mana tahu kot-kot ada yang nak beli baju sedondon dengan saya tahun ni kan!


Ada 2 pasang tu.   satu untuk saya dan satu lagi untuk anak sulung saya Imdad.Sedondon la kami raya nanti haha..Isteri dan anak-anak yang lain pakai brand lain tapi masih sedondon.Wajiblah setiap tahun baju raya mesti sama colour kan.Baru nampak satu keluarga bahagia.amin...

Tengok tu beg kertas yang diberi..wah..saya suka,
nampak elegan warna dan designnya.
Kertas tebal lagi tu.Sesuai untuk digayakan pada hari raya nanti.

Satu lagi free gift apabila beli pakaian ni ialah sampul duit raya.
Ada 5 keping semuanya.Cantik dan berkualiti juga.
Siapalah yang bertuah yang akan dapat sampul tu nanti.
Tunggu raya lah yer...

3 comments:

Hansyirah Takezur said...

wah.. meriahnya baju. mesti tak sabar nak beraya tu. hehe

namialus67 said...

Beraya sakan nampaknya...Selamat berbuka.

Hanif Idrus said...

Sedondon.....
Aku lak bini yg pilih sedondon..this year ungu