expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, January 31, 2013

Pokok puding digilai semula


Cerita pasal pokok lagi.Kali ni pokok hiasan yang tak berbunga...pokok puding.Sana sini orang menggilai semula pokok puding ni.hehe...Masa saya kecil dulu,pokok puding ni banyak ditanam di halaman rumah.Lama-kelamaan orang tak minat lagi,hanya dipacak rantingnya di kubur.Sebab tu kalau ke kubur sekarang ni banyak pokok puding di sana.

Gambar kat atas tu pokok puding yang saya baru beli.Harga sepohon pokok tu ialah RM 15.Boleh tahan juga harganya.Yer la...dah nak tanam,kena belilah....takkan nak ambil kat kubur pula kan! Tak tahulah boleh hidup ke tidak pokok-pokok ni.Cadangnya nak tanam kat atas tanah jer.

Mengikut penjual pokok ni,ada antara pokok-pokok dalam gambar tu yang telah 'dikahwinkan' untuk menghasilkan spesis baru.Tak mustahillah...muncul pelbagai jenis puding baru yang jarang dilihat sebelum ni.Ok...Selamat menanam pokok.

6 comments:

  1. suami pun ada semai pokok puding di blkng rumah,,dah tumbuh elok.

    ReplyDelete
  2. pokok puding eh namanya... tak tahu pun... haha!! even umi ada aje tanam pokok tu...
    tapi tak pernah tanya pun nama pokok tu... hehehe....

    ReplyDelete
  3. saya pernah juga tanam dahulu. Cantik, berwarna warni...

    ReplyDelete
  4. berwarna-warni pokok ni.

    ReplyDelete
  5. ooo nama pokok ni pokok puding rupanya.... biasanya org tua panggil pokok ni pokok podi.... tengkiu share! kalau x, sampai loni x tau lagi ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.