Wednesday, February 20, 2013

Arif Fahmi dari Meiji University


Hari ini saya dikunjungi bekas pelajar SMKAM,Mohamad Arif Fahmi bin Ismail yang menuntut di Jepun.Bekas pelajar SMKAM SPM 2008 ini akan menghabiskan 2 tahun  pengajian di sana,setelah mengikuti persediaan di Malaysia selama 3 tahun.

Arif Fahmi sekarang menuntut di Meiji University,Tokyo dalam bidang Electric & Electronic in Bioinformation.Menurutnya,seronok belajar di Jepun kerana pada masa yang sama boleh mengenali budaya dan masyarakat setempat.

Perkara yang penting di sana adalah bahasa Jepun,kuliah dan pertuturan seharian menggunakan bahasa Jepun sepenuhnya.Kalau dah boleh menguasai bahasa Jepun maka senanglah ke mana-mana untuk berurusan.

Buat masa ni Arif Fahmi sedang bercuti di Malaysia,dan akan berangkat semula ke Tokyo akhir Mac ini.Semoga anda cemerlang dalam pelajaran dan gembira berada di negara matahari terbit.

p/s: Saya belum sampai lagi ke Jepun...hehe....

3 comments:

krole said...

wuah! tahniah kepada beliau...jauh tu menuntut ilmu, mesti fasih berbicara jepun...hahaha! samala bro..lom smpai lagi jepun ni~

Cikgu Ayu said...

ah besar Arif..
Hehehe..

Fyna Ahmad said...

jepun? bestnya.