Wednesday, February 13, 2013

Cenderahati daripada pengantin cikgu Dayah


Kalau kita ke majlis perkahwinan,biasanya adalah cenderahati daripada pengantin kan! Saya rasa tentu ada orang yang suka buat koleksi pemberian pengantin ni. Seperti dalam entri sebelum ni,kali ni juga saya nak tulis pasal kenduri kat rumah cikgu Dayah di Ajil,Terengganu.Tengok dalam gambar kat atas tu...haa tu lah cenderahati yang comel daripada cikgu Dayah kepada tetamu istimewa yang datang ke majlisnya.

Cikgu Dayah kita ni memang suka purple.Tengoklah kotak dan rama-rama tu pun warna purple.Alaaa... kira sama macam logo blog saya ni kan!hehe..Nak puji jugalah...cantik rama-rama tu.Nasib baik tak boleh terbang,kalau tidak tak larat nak kejar.

Oh ya...pasti ramai yang nak tahu apa isi kandungan kotak purple tu kan?Jom kita tengok....



Inilah barang dalam kotak tu.Ada Surah Yaasiin dan snek jagung.Lepas ni bolehlah sama-sama baca Yaasiin.Kat dalam surah Yaasiin tu ada sticker kenangan Majlis perkahwinan...semoga sesiapa yang membaca surah ni mendoakan kebahagiaan pengantin juga.


Satu lagi barangan dalam kotak ni...tu dia...bekas kaca yang dihias cantik dengan riben purple juga.Kat dalam bekas tu ada gula-gula.Penutup bekas ni juga ada tertera ucapan terima kasih daripada pasangan pengantin.Kesimpulannya..Terima Kasih cikgu Dayah atas pemberian cenderahati itu yer.

1 comment:

ain mahsuri ismail said...

wah~ meriah nye door gift dieee. hoho