Saturday, June 29, 2013

Gomo Kelate Gomo!


Gomo Kelate Gomo! Malam ni penentu segalanya bagi piala FA.Semangat juga entri kali ni.hehe..Ada orang blogwalking juga ker malam ni.Ker semua sibuk tengok bola kat stadium mahupun skrin besar dan di rumah saja.

Sebagai warga Kelantan...semestinya saya juga menyokong The Red Warriors.Biarpun tak berkesempatan ke stadium,kat rumah pun boleh memberi sokongan juga.Semoga  pasukan Kelantan bermain dengan cemerlang dan menjadi juara malam ni.Pasukan JDT pun hebat juga...hmmm bermainlah denga semangat kesukanan yang tinggi.

Rata-rata penyokong kedua-dua pasukan tak sabar-sabar lagi menantikan perlawanan akhir ni.Perlawanan yang pastinya penuh debaran dan ceritanya yang tersendiri.Apapun keputusannya,terimalah dengan semangat kesukanan.

Kepada penyokong The Red Warriors...berhati-hatilah semasa pergi dan pulang semula ke Kelantan.Akhir kata....Gomo Kelate Gomo!

1 comment:

Scarlett O'Hara said...

Assalamualaikum!Orang JDT datang ni.Aah!Betullah.Kalah atau menang, mainlah dengan penuh semangat kesukanan.Kan?