expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 26, 2013

Pokok betik sudah berbuah


Berbudi kepada tanah,akan merasa hasilnya.Seronoknya pokok betik dalam gambar kat atas tu saya tak tanam pun.Pokok ini tumbuh di tepi pagar kat depan rumah sejak awal tahun ni.Sekarang dah pun berbuah.Tak sabar nak tengok buah ni besar dan masak.

Alkisahnya ada 2 pohon pokok betik di tempat berlainan di depan rumah saya.Saya biarkan saja pokok-pokok yang tumbuh sendiri tu membesar tanpa sebarang baja atau jirusan air.Hasilnya sepohon pokok tu berbuah dan sepohon lagi berbunga saja tanpa buah-betik jantan la tu..

Agaknya benih asal betik tu dibawa oleh burung kot.Sebab seingat saya,sejak berpindah ke rumah ni kami belum makan buah betik lagi kat rumah.Tak kisahlah kan.Kalau ada rezeki bolehlah merasa buah betik tu nanti.Bimbang juga tak sempat makan buah yang masak sebab banyak burung kat halaman rumah saya ni setiap pagi dan petang.

Sama-samalah kita nantikan apakah kesudahan pokok betik ni nanti.hehe..



3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.