Monday, June 3, 2013

Tanam pokok limau pula!


Kali ni saya nak ajak anda semua menanam pokok.Ye la untuk menyahut kempen hijaukan alam sekitar.Kami baru jer tanam 3 jenis pokok limau.Limau kasturi,Limau purut dan Limau nipis.

Haaa... lepas ni tak payah beli kat kedai dah untuk buah dan daun limau tu.Petik jer dari pokok yang ditanam kat belakang rumah.Harap-harap pokok-pokok limau ni akan membesar dengan baik dan cepat mengeluarkan hasil.ehh... tak sabar pula nak lihat hasil!

Orang kata berbudi kepada tanah ni tak rugi.Kalau ada rezeki,bolehlah kita merasa hasilnya.Lepas ni nak tanam pokok lain pula.Maklumlah....masih banyak ruang yang boleh ditanam pokok di sekeliling rumah ni.

5 comments:

Cheqna said...

Selamat bercucuk tanam..saya suka semua limau2 tu..banyak kegunaannya.

PeRdU cINta said...

alam sekitar hijau memberi impak yang besar dalam kehidupan sejagat..

krole said...

huhuhu btul bro...mna yang bule tanam..kte tanam jew...dpt jimat skit..cam krole kat belakang rumah ni krole tanam labu...alhamdulillah skngni takyah p pasar beli labu..petik kat belakang rumah jew~

Mohd Ghazali Abdullah said...

terima kasih semua...Krole....buatlah entri pasal labu.mesti menarik.

Mia Liana said...

wahhh seronoknya... untunglah rumah ada tanah..