Tuesday, June 4, 2013

Mari makan biji gajus panggang


Entri kali ni pasal biji buah gajus.Kat Kelate ni buah gajus dipanggil buah ketereh,lebih ummph lagi sebut betul-betul buah 'tere'. Kalau ada yang tak kenal,buah gajus ni bijinya kat luar.

Gambar kat atas tu adalah biji gajus yang dipanggang atau roasted.Sedap tau!. Kalau tak mau panggang,biji gajus tu boleh dibakar mahupun digoreng.Kemudian boleh dimakan begitu saja.

Sekarang ni rasanya takde orang yang rajin nak memanggang atau menggoreng biji gajus.Lebih senang dibeli saja.Biji gajus yang siap dipanggang ni banyak dijual di Rantau Panjang mahupun Pengkalan Kubur.Kat tempat lain pun ada juga,mungkin harganya lebih mahal.

Untuk lebih sedap,biji gajus panggang tu eloklah disimpan dalam peti sejuk terlebih dahulu.Makan bersama air batu campur pun sedap.isshhh...

2 comments:

Sop Nama Saya said...

sop pun suka biji gajus nih :)

krole said...

halamaks..terliur tngok gmbaq tu bro hihihi...my fevret tu