Tuesday, July 2, 2013

Mari bergambar kat sekolah



Acara wajib setiap tahun ni....penggambaran untuk majalah sekolah.Penat juga melayan kerenah pelajar dan guru.Masing-masing dengan gelagat tersendiri.Masing-masing nak nampak kacak dan cantik dalam gambar majalah sekolah,biarpun hakikatnya gambar yang disiarkan kelak hitam putih jer.hehe....

Gambar yang dimasukkan dalam majalah ni akan menjadi nostalgia suatu hari nanti.Mesti ada yang merindui semula zaman persekolahan mereka setelah menatap kembali majalah sekolah.Ini menunjukkan pentingnya majalah sekolah tu diterbitkan.Saya sendiri masih menyimpan majalah sekolah lama iaitu majalah semasa saya bersekolah dulu.Lucu juga tengok wajah-wajah di alam persekolahan.

Satu perkara yang sering dilupakan,mereka yang bekerja di balik tabir untuk menghasilkan sesebuah majalah sekolah tu.Segala penat lelah mereka wajar dihargai.Selamat bergambar semua!

2 comments:

krole said...

nampak bersungguh2 smua bergambar, btul bro...satu masa nnt, benda tu pasti akan jd nostalgia...bule tergelak sorang2 bla tngok huhu

sukiman said...

memang begitulah, he he he.