expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 30, 2013

Sampul duit raya Atrogen


Bahang raya semakin terasa.Kali ni saya nak share gambar sampul duit raya Atrogen.Bagi yang tak tahu apa tu Atrogen,saya nak beritahu ni...Atrogen adalah minuman kultur yang dalam botol kecil-kecil tu.Budak-budak memang suka ni sebab ada banyak perisa buah.

Syarikat ni sering menyediakan hadiah-hadiah sampingan bagi mereka yang membeli air ni.Biarpun hadiah kecil jer tapi budak-budak suka.Kali ni hadiahnya 3 keping sampul duit raya.Saya bercadang nak buat koleksi jer sampul tu.

Bagus juga kalau ada syarikat lain yang nak beri sampul duit raya percuma kepada pelanggan mereka.Itupun satu bentuk penghargaan kepada pelanggan.Penting juga sebagai langkah promosi.

Selamat mengumpul sampul duit raya kepada peminat setia hobi ini.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.