Sunday, October 6, 2013

Dinding rumah pun berinai dengan kemenangan TRW ke atas JDT


Apa perasaan anda kalau dinding rumah diconteng atau terlekat kesan kotoran? Mesti sedihkan...haa tu la,tengok bingkai putih kat pintu sliding rumah saya tu.Ada kesan inai pada jari yang digoreskan kat situ.

Kejadian ni berlaku malam tadi,tapi disedari pagi tadi semasa saya nak menutup pintu sliding.Kononnya malam tadi kami sibuk menonton perlawanan bola sepak antara TRW dan JDT,anak perempuan saya dan sepupu-sepupunya pula sibuk memakai inai kat jari.Tak sangka pula ada yang bermain kat luar rumah dengan menyapu jari yang berinai tu kat bingkai simen putih tu.

Patutlah malam tadi anak beritahu ada yang menyapu inai pada gril rumah.Ingatkan saja-saja,jadi tak ambil kisahlah.Rupa-rupanya betul cuma tempat saja yang salah disebutnya.Petang tadi saya dah cuba membersihkannya, tapi tak hilang kesannya masih berbekas.Nampaknya kena cat semula lah.Atau anda ada idea lain untuk membersihkannya?

Saya dah jumpa tiub inai yang digunakan oleh mereka.Ingat nak lempar saja benda tu,tapi tak jadilah, maka saya sembunyikan saja.Budak-budak ni bukannya tahu sangat pasal penjagaan keceriaan rumah.Tapi anak perempuan saya tu tak conteng dinding rumah baru kami ni dengan pen dan pensil.Itupun setelah diberi banyak teguran dan nasihat.Kalau di rumah sewa dulu...hmmm setiap ruang dinding tu ada-ada saja kreativiti tulisan dan lukisan dia.

Kalau nak ikutkan geram, memanglah geram.Nasib baik pasukan bola sepak TRW menang 6-1 ke atas JDT.hehe...kurang sikit rasa geram pada inai di bingkai putih pintu rumah tu.

2 comments:

✿ pink velvet ✿ said...

alahaiii :(

jaakechik said...

anak-anak sedang tunjukkan bakat dan karya seni mereka tu...hihihi....