Wednesday, October 30, 2013

Guru..restuilah ilmu yang kauajar kepadaku


Tak sampai seminggu pun lagi SPM akan tiba! Semua calon berdebar-debar menantikan detik itu. Bukan saja pelajar, guru-guru pun sama debarannya. Tarikh 6 November 2013 akan menjadi penentu kejayaan pelajar SPM setelah dua tahun berhadapan dengan pelbagai suka duka dalam menuntut ilmu peringkat SPM di sekolah.

Hari ini di sekolah tempat saya bertugas telah diadakan majlis solat hajat dan restu ilmu. Alhamdulillah kedatangan ibu bapa atau penjaga sangat baik. Masing-masing menunjukkan komitmen dan menjadi motivasi kepada anak-anak dalam menghadapi hari-hari penting sebagai seorang pelajar.

Sesungguhnya restu ilmu daripada guru sangat penting kepada pelajar, agar ilmu yang diajar selama ini mudah diterima dan dihayati oleh pelajar, seterusnya diterjemahkan dalam peperiksaan dengan keputusan yang cemerlang. Gunakanlah ilmu yang diajar selama ini ke arah kebaikan dan memberi manfaat kepada orang lain. Selamat menduduki  peperiksaan SPM kepada semua calon SPM 2013.

3 comments:

Mia Liana said...

semoga mereka dapat jawab dengan betul nanti..

Hisyam Muhibah said...

cikgu-cikgu tentu merestui ilmu yang dicurahkan, insya-Allah

sukiman said...

selamat berjaya