Wednesday, October 9, 2013

Menanti betik masak


Tengoklah buah betik tu...pokok betik kat depan rumah jer.Tak sabar rasanya menunggu buahnya masak.Pokok yang tumbuh sendiri ni sepohon saja.Kalau ada rezeki,tak lama lagi dapatlah kami merasanya.

Pokok betik ni tumbuh sebelah pagar dan dah condong dengan buahnya yang semakin membesar.Sebab tu saya tongkatkan pokok ni dengan kayu,supaya tidak patah apabila ditiup angin kuat.hehe...

Agaknya berapa lama lagi saya kena tunggu buah-buah betik ni akan masak?Inilah kali pertama pokok yang tumbuh sendiri di halaman rumah saya ni berbuah.Hari-hari dapat tengok perkembangan.Ada pendapat mengatakan pokok betik ni lebih senang hidup apabila ia tumbuh sendiri.Kalau kita yang tanam atau pindahkan anak betik ni,tak mahu pula ia hidup.Betul ker?

7 comments:

Athirah said...

kalo tak masak sedap buat cicah,,haha (^___^)

Unknown said...

lain macam pulak bentuk betik ni..tk bujur sgt tp lebih kepada bulat..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Jankaulu said...

ya allah suburnya! saya ada tanam pisang jea...tak cara sangat tapi alhamdulilah berbuah sokmo.

Unknown said...

wahh... meriahnya buah itu..