expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 13, 2013

Abby Corner Kubang Kerian


Dah makan ker malam ni? Jom saya bawa anda ke sebuah warung yang terletak di sekitar Kubang Kerian. Nama kedai makan kali ni ialah Abby Corner. Senang jer nak cari kedai ni sebab letaknya di tepi jalan utama iaitu dari Bachok/Binjai sebelum trafic light Kubang Kerian.

First time juga saya singgah di sini.Kali ni pun beli bungkus jer. Bukan senang nak makan kat kedai dengan anak-anak kecil.Jom kita lihat suasana dalam warung ni yer.


Cantik tak hiasan dalamannya? Penuh dengan pokok-pokok hijau. Tapi bukan pokok original lah.hehe..senang nak jaga kan!
Lagi gambar



Ramai juga yang singgah makan kat sini. tak kiralah bersama kawan atau family. Saya tak tahu pula menu istimewa kat kedai ni. Masa oder tadi pun pakai sebut jer.Tak tengok pun menu. Yang saya perasan, walaupun ramai pelanggan tapi saya tak menunggu lama.haa...dah siap pun...


Kuetiaw goreng pilihan Imdad dan Ardini


Mee bandung pilihan saya


Kuetiaw tomyam pilihan puan isteri

Harga semua tu tak sampai pun RM15.00. Dari segi rasa, bagi saya biasa-biasa saja.lain orang lain citarasanya kan!. Oh ya masa menunggu tadi saya ternampak notis kat kedai tu nak pakai pekerja lelaki. Kalau ada yang berminat nak bekerja ataupun nak oder makanan bolehlah hubungi Abby Corner 010-9125651

1 comment:

  1. Santai kedainya dan selesa. Murahnya, dan nampak sedap. Kalau saya ke Kelantan memang saya makan banyak. Murah, pelbagai dan sedap KM.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.