Friday, November 22, 2013

Kemboja putih sudah berkembang


Selamat pagi semua. Mulakan hari anda dengan ceria, seindah kembangan bunga kemboja putih dalam gambar tu. Kuntuman pertama kemboja putih telahpun berkembang sejak saya menanam pokok ini 5 bulan yang lalu. Satu kepuasan apabila melihat hasilnya.

Pokok kemboja putih ini ditanam di halaman rumah. Ada berpendapat pokok ini sesuai di tanah perkuburan. Takpe lah yer...tanam depan rumah pun boleh mengingatkan kita tentang kematian juga.Ehh lupa nak tanya, cantik ker bunga tu?hehe..

Sayang sikit, bunga ni berkembang musim hujan lebat. Kelopaknya tak dapat bertahan lama apabila ditimpa hujan. Rasanya dalam dua tiga hari gugurlah ke bumi. Apapun bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan. Semoga kemboja putih saya ni akan terus mengeluarkan bunganya yang banyak pada masa akan datang.

5 comments:

Ahmad Zaki said...

Lawa juga bunga ni. =)

Akram Solihin said...

Tak kan kemboja jah cikgu...hok lain tak ada ka?

sukiman said...

lawa KM, saya pun ada tanam. Bunga dia wangi jugak.

Ada banyak warna tetapi saya tanam yg putih jea. Tanda kesuciaan la kononnya. He he he.

Aefa Aerisya said...

cantik bunga ni.. aefa tak minat bunga hehe :D

Mohd Ghazali Abdullah said...

Bunga lain takde lg.hehe
Terima kasih kpd semua yg meninggalkan komen