expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, November 21, 2013

Hadiah Porsche untuk anak


Ada orang beli mini cooper untuk anak...Nah! saya beli Porsche GT3 RSR untuk anak lelaki saya, Imdad. Hehe...bukan sebarang kereta tu. Siap ada lampu-lampu dan bunyi-bunyi lagi. Boleh bergerak sendiri sebab pakai bateri jam.

Harga Porsche ni mahal tau! Saya kena tebus mata kad smiles sebanyak 1000 mata, dan ditambah RM 9.90. Bayangkan betapa lama nak kumpul 1000 mata. Dengan kata lain, 1000 mata tu mewakili RM1000 saya belanja di Esso Mobil untuk mengisi petrol.

Tak apalah kan...untuk anak juga. Lagipun anak saya ni memang suka kepada kereta. Harap suatu hari nanti dia menceburi bidang kejuruteraan khususnya hal-hal berkaitan kereta.Jangan jadi mat rempit sudah!

Berbalik kepada kad Smiles ni kira bagus jugalah. Macam-macam hadiah boleh ditebus dengan mata terkumpul.Selain itu cabutan bertuah juga sering dibuat di stesen minyak tersebut dengan pelbagai hadiah.Cuma saya jer yang belum bertuah dalam bab cabutan bertuah ni.Penat isi borang, nama tak naik-naik.hehe...

8 comments:

  1. ziarah malam ni KM,
    saya baru sampai kampus. ada kerja sikit. tapi terniat pulak nak ziarah, kot ada post baru.

    lawa jugak kereta tu, he he he.

    ReplyDelete
  2. hebat kete tu
    anak2 mesti suka :)

    ReplyDelete
  3. saya doakan anak tuan menjadi jurutera sebagaimana yang tuan impikan..

    ReplyDelete
  4. untung lah...sorang tu dapat mini cooper...sorang lagi dapat porsche...
    hihihihih

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.