Wednesday, December 25, 2013

Anak muda berbakat


Bakat adalah sesuatu yang dikurniakan oleh Allah kepada yang dikehendakiNya. Beruntunglah mereka yang diberikan bakat tersendiri ini. Cuma bakat yang ada perlulah sentiasa diasah agar tidak tenggelam begitu saja. Saya ingin berkongsi tentang bakat dalam bidang perdebatan. Muaz (berkopiah dalam gambar di atas) memang seorang yang berbakat dalam perdebatan. Pelajar Asasi UIA ini telah memenangi naib johan dalam Cabaran Debat Muda anjuran UTP.


Pasukan debat UIA yang diwakili oleh Muaz  patut dibanggakan kerana dapat menewaskan pasukan-pasukan lain dalam 32 pasukan yang bertanding, hingga membawa mereka ke peringkat akhir. Pertandingan debat tentang teknologi dan warisan ini telah membuka peluang kepada anak-anak muda IPT untuk mengembangkan bakat mereka.

Muaz memang berbakat sejak sekolah lagi. Kalau kat sekolah dulu, sering mewakili sekolah dalam pertandingan bahas ala parlimen, pantun, forum dan sebagainya. Tak sia-sialah bakat yang ada. Semoga Muaz akan terus mengembangkan bakatnya supaya lebih dikenali dan menjadi pendebat yang disegani suatu hari nanti.