expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, December 11, 2013

Ghazali & Suria 11.12.13


Tarikh 11.12.13 begitu istimewa bagi mereka yang sukakan angka..Jangan ingat Che Ta saja suka tarikh ni yer..hehe..Saya juga mengambil kesempatan untuk mengabadikan tarikh cantik ini dalam entri ini.Gambar kat atas tu adalah gubahan bunga matahari yang sangat istimewa oleh orang yang istimewa dalam hidup saya....Saya rakamkan hari ini sebagai tanda gubahan tersebut masih wujud hingga ke hari ini. Sebenarnya gubahan tersebut dihasilkan oleh tunang saya (pada masa itu) pada tahun 2004 lagi. Buktinya dalam gambar di bawah adalah gambar asal yang ada dalam album saya. Betapa lamanya saya menyimpan gubahan dari kain tuala itu...masih seperti dulu.


Masa hari pertunangan dulu...tarikhnya cantik juga...kami pilih 02.02.04...Saya dah terfikir nak simpan saja gubahan ini sebagai kenangan untu tatapan isteri dan anak-anak kami. Alhamdulillah...hasrat tersebut dapat direalisasikan juga.Kalau barang makanan macam kek tu mana boleh simpan kan...hanya simpan dalam bentuk gambar je lah.hehe...

Lagi gambar....



Sebahagian daripada hantaran pihak  perempuan


Anak-anak saya dapat melihat hasil kerja tangan ibunya 
semasa bergelar anak dara...hehe...


Sebagai kenangan...gambar yang saya edit sendiri tahun 2004 dulu.
Dulu mana ada program canggih untuk edit gambar macam hari ni kan..

Kepada yang bertunang atau melangsungkan perkahwinan,
bolehlah simpan apa-apa yang patut sebagai kenangan suatu hari nanti,
juga untuk tatapan anak-cucu....

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.