Thursday, December 5, 2013

SMK Lutong,Miri,Sarawak


Sekadar mengembalikan nostalgia...entri ini saya paparkan gambar-gambar lama, semasa bertugas di SMK Lutong, Miri, Sarawak dari 1998 hingga 2001. Gambar-gambar ini dirakam semula menggunakan handphone, kerana gambar asal adalah cetakan biasa menggunakan kamera..pakai negatif filem..Dulu-dulu mana ada kamera digital..Handphone pun boleh guna untuk call dan sms jer. Beruntung mereka yang mengajar di Sabah dan Sarawak sekarang kerana boleh rakam banyak gambar sebagai kenangan menggunakan handphone mahupun kamera digital.

Berbalik kepada gambar...Gambar pertama di atas tu adalah pasukan forum remaja sekolah. Masa tu saya jadi guru penasihat. Biasalah kan..jadi guru BM tingkatan 4 dan 5, kena jadi guru penasihat forum remaja.


Ini adalah pasukan softball sekolah..Saya kagum dengan semangat pelajar-pelajar ni..selalu buat latihan untuk mewakili sekolah dalam banyak pertandingan yang disertai. Rasanya ada dalam kalangan mereka yang sekarang ni menjadi jurulatih softball.

lagi gambar...


Kumpulan kebudayaan sekolah...acara tarian.Cikgu tengok jer sebab tak pandai menari.hehe


Ini sebahagian daripada pelajar tingkatan 6. Saya pernah mengajar Pengajian Am tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas. Hmm subjek Pengajian Am memang best..Masa belajar di tingkatan 6 dulu pun saya mengambil subjek Pengajian Am ni.


Tu dia...Pelajar tingkatan 6 Atas Amanah bergaya sakan...Masa tu saya guru tingkatan 6 Atas Amanah. Kat manalah mereka semua  sekarang ni...Ramai juga yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing..


Kalau tak silap saya ini adalah gambar pasukan softball sekolah...penggambaran untuk majalah sekolah..atau gambar kelas? entahlah..lupa pula..hehe



Gambar masa aktiviti gotong toyong


Sebahagian daripada pelajar tingkatan 5 Ikhlas...masa tu jadi guru tingkatan kelas ni.

Itu saja gambar yang sempat saya kongsikan dalam entri ini. Semoga pelajar yang pernah belajar semasa saya di SMK Lutong dulu masih mengingati saya. Terima kasih kepada mereka yang kekal berhubung melalui FB. Kenangan semasa di SMK Lutong, Miri tetap dalam ingatan. Semoga suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi. Salam sayang buat semua!

6 comments:

Yunus Badawi said...

Oh Cikgu pernah mengajar di Lutong.

Sayapun pernah bekerja di Lutong dgn SSB. Tapi lama sebelum cikgu ke sana ….. ngeeee

Mohd Ghazali Abdullah said...

oh yer ker..patutlah kita tak jumpa dulu..hehe..

Akeyla Azmi said...

Wahhhhh hebat sekali :DDDD

Niesa said...

dh mengajar kat sarawak ni ingt lagi x cakap sarawak km7?hehe

Mohd Ghazali Abdullah said...

Niesa...boleh faham sikit2...cakap dah bercampur budu dah skrg.hehe

Liza said...

Cikgu pernah mengajar saya bahasa melayu tahun 1999 dan 2000