expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, January 14, 2014

Angry Birds RM2


Memang nampak cantik, nampak comel jer gunting pelbagai warna angry birds ni. Harganya pun sangat murah...RM2 jer. Kononnya nak buat pelbagai bentuk guntingan kertas la ni..Bukan sedikit..ada 6 bentuk guntingan yang boleh dibuat.


Pilih jer nak bentuk atau style yang mana. Hai...budak-budak memang sukalah kalau dapat gunting ni. Saya beli ni pun sebab nampak macam tak bahaya untuk kanak-kanak...plastik jer bukannya besi. tapi, ada juga masalahnya...gunting ni ada 6 bentuk, pemegangnya cuma satu.


Tu dia....pemegang yang perlu dicabut untuk ditukar dengan bentuk-bentuk yang lain. Memang kalau harga murah tu...kualitinya pun tak seberapa..nak cabut pemegang tu pun bukan senang. Kalau budak-budak yang tarik, memang takkan tercabut. Kalau kita yang dewasa ni buat, hmmm macam ni lah jadinya....


Kan dah patah....huhu....


Akhirnya berjaya juga tukar satu...lepas ni dah tak tukar kot untuk bentuk-bentuk yang lain...sebab macam susah...macam nak patah jer...Kesian anak-anak guna tak boleh...Takpe lah lepas ni kita beli yang lain. Mungkin kalau beli yang mahal sikit tu tak jadi macam ni..betul lah kan...kalau beli sesuatu dengan harga yang murah, belum tentu kita puas hati dengan kualitinya. Berhati-hatilah membeli barang yang murah harganya!

1 comment:

  1. wah, comel dan murah.. kalau kat tempat saya jarang jumpa benda2 comel dengan harga berpatutan macam nie -.-

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.