expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, January 14, 2014

Jangan mudah percaya


Dalam hidup ini kita tidak boleh terlepas daripada berurusan dengan orang lain. Ada-ada saja perkara yang menyebabkan kita terpaksa berhadapan dengan individu atau kelompok masyarakat sama ada kita suka atau tidak. Persoalannya sejauh mana kita boleh mempercayai orang lain?
Dunia hari ini menuntut kita agar lebih berhati-hati dalam semua perkara. Bukan saja soal kerjaya, malahan hal-hal berkaitan peribadi juga ada orang yang memerhatikan kita. Banyak ditemui orang yang bermulut manis di hadapan kita, tapi hatinya cukup busuk.Ada agenda tersembunyi,Tuhan saja yang tahu.

Kita dituntut untuk bersangka baik terhadap orang lain, tapi jangan sampai diri dipijak sewenang-wenangnya. Elok juga berkawan dengan ramai orang, cuma perlu disertai perasaan waspada terhadap orang lain. Saudara-mara, sahabat handai malahan adik beradik sendiri pun ada yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya, apatah lagi orang luar yang kita tidak berapa kenal hati budinya.

Justeru, jangan mudah mempercayai seseorang...Percayalah pada diri sendiri!

3 comments:

  1. Berwaspadalah.. In Shaa Allah..

    Salam Maulidur Rasul...Abak nak ajak join segmen :

    http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-kempen-dan-segmen-blogger.html

    ReplyDelete
  2. betul tu. Ramai yang talam dua muka. Geram je rasa.

    ZH Blogger

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.