Wednesday, January 22, 2014

Buah nona yang sedap


Hmmm...sedapnya...buah nona ni. Rasanya macam apa yer..macam kastad kot...lemak manis berkrim.hehe..Isinya putih kekuningan. Sebelum bercerita tentang buah ni, saya nak ucapkan terima kasih kepada Puan Faridah atau lebih mesra dengan panggilan kak Dah kerana memberikan saya buah nona daripada pokok yang ditanam di rumahnya.



Buah nona spesis ini berwarna perang atau kemerahan. Kulitnya licin saja. Ada yang saya biasa tengok, buah nona daripada spesis berwarna hijau dan kulitnya berbonggol-bonggol. Isi dan bijinya sama saja.



Kanak-kanak tidak digalakkan makan buah ini kerana bijinya yang banyak. Tengoklah biji yang terdapat dalam sebiji buah nona yang saya makan tadi...agak banyak kan! Jadi berhati-hati kalau makan buah ini kerana bimbang tertelan bijinya yang banyak. Macam mana nak tanam pokok ni? semai bijinya ker? lupa pula nak tanya kak Dah tadi..hehe..



Inilah rupa buah nona sebelum dipetik dari pokoknya.
Saya rasa macam nak tanam jugalah pokok ni....

4 comments:

Aniq Bukhary said...

Waahhh.. lama x makan buah nie.. dulu kalau kat kg salu je makan.. :)

Ahmad Zaki said...

Tak pernah makan buah ni. Nanti nak cuba juga ni. =)

ZH Blogger

Normi Nieza said...

xpernah mkn buah nona..:)

Noor Mala Shahar said...

suka makan buah ni....